Thursday, October 29, 2009

Komik Twin-X

Pada abad ke-23, ketidakseimbangan ekosistem global di planet bumi menyebabkan manusia berhijrah mencari tempat perlindungan di sistem suria. Bulan dan planet marikh menjadi tempat tinggal baru bagi jutaan manusia. Di ruang angkasa antara bumi dan marikh terdapat sebuah kawasan yang dinamakan ACS (Agricultural Colony Settlement). Di situ manusia bercucuk tanam untuk menghasilkan sumber makanan dengan bantuan alat-alat berteknologi tinggi.

Pada tahun 2250, Aizam, pemuda yang berasal dari salah satu ACS dikehendaki ‘turun’ ke bumi untuk menerima wasiat misteri daripada datuk moyangnya. Wasiat misteri itu bakal mengubah nasib dan masa depan Aizam.

Dalam perjalanan pulang dari bumi, ACS Aizam diserang musuh yang tidak dikenal pasti. Kerana bimbangkan keselamatan keluarga dan kekasih, Aizam nekad meninggalkan pesawat yang dinaikinya untuk menyelamatkan mereka. Inilah masanya bagi Aizam menggunakan pemberian misteri datuk moyangnya.

Mampukah Aizam menyelamatkan ACSnya daripada serangan musuh? Ikuti kisahnya dalam komik ini.

 

blogger templates | Make Money Online